Carian
Yahoo! Mengumumkan Beberapa Kemaskini Untuk Flickr
January 14, 2012 Aman

Dibawah CEO yang baru, perkara pertama yang diberikan perhatian oleh Yahoo! adalah produk popular mereka, Flickr. Hari ini, Flickr secara rasminya mengumumkan beberapa kemaskini kepada produk mereka, serta secara tidak langsung mengumumkan mereka akan terus membawakan beberapa produk baru pada laman mereka.

Salah satunya adalah integrasi Picnik, dimana mereka akan mematikan integrasi untuk produk milik Google itu. Sebaliknya, Flickr akan memperkenalkan aplikasi untuk edit gambar mereka tersendiri untuk membolehkan para pengguna mengubah-suai gambar pilihan mereka.

Pada masa yang sama, sokongan PhotoSession dan juga Flickr Clock turut akan dimatikan tidak lama lagi. Dan perisian untuk Windows 7 yang diperkenalkan pada tahun lepas turut sama akan dimatikan. Sebaliknya, sokongan Windows Phone akan diteruskan oleh mereka.

Flickr juga turut mengumumkan yang mana mereka akan mematikan sokongan Internet Explorer 7 dan juga Firefox 3.6 pada laman mereka. Mungkin kita akan terus dapat melihat Yahoo! menambah-baik produk Flickr mereka ini, sekaligus terus kekal relevan dalam industri yang penuh persaingan ini.

Komen