Bagi para peminat peranti Windows Phone dan juga Nokia, semestinya salah satu peranti yang dinantikan adalah Nokia Lumia. Walaupun ia tidak diketahui secara rasminya bilakah ianya akan dilancarkan, beberapa ura-ura memperkatakan yang mana Nokia bersama-sama dengan Microsoft Malaysia bakal melancarkan peranti tersebut di Malaysia sekitar bulan Februari kelak. Mengikut sumber terdekat kami, ia diperkatakan Nokia Lumia bakal dilancarkan di Malaysia pada 10 Februari kelak.
Buat masa ini, perkara ini masih lagi tidak dapat dipastikan sepenuhnya. Namun begitu, Nokia sendiri telah mula mempromosikan peranti tersebut melalui Twiter dan juga laman utama Nokia Malaysia turut sama telah dikemaskini dengan memperlihatkan peranti Nokia Lumia pada halaman utama.
Selain daripada itu, Nokia Malaysia juga turut sama mengesahkan yang mana Nokia Lumia 900 akan hadir ke Malaysia, dan maklumat lanjut berkaitan dengannya akan diketahui dalam beberapa minggu mahupun bulan.
Try the Nokia Lumia 800 like you own it! Tap around and discover more: bit.ly/w8vUrv
— Nokia Malaysia (@nokiamy) January 13, 2012
The Nokia Lumia 800 Windows Phone 7 has arrived in Malaysia! fb.me/1EfLkGOvV
— MSDN Malaysia (@MSDNMalaysia) January 12, 2012