Cari @ Amanz

Twitter Mula Mengintegrasikan Kandungan Daripada Facebook

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, sepanjang tahun ini, kita akan dapat melihat Twitter terus mengintegrasikan pelbagai sokongan terus pada laman mereka. Pada awal bulan ini, kita dapat melihat Twitter mengintegrasikan kandungan daripada WordPress pada laman mereka, dan hari ini, kelihatan mereka mengintegrasikan kandungan daripada Facebook.

Buat masa ini, sekiranya para pengguna berkongsi gambar yang dimuat-naik ke Facebook di Twitter, gambar tersebut terus diperlihatkan, tanpa para pengguna perlu ke laman Facebook itu sendiri. Ini mungkin merupakan langkah pertama mereka, dan mungkin kita akan dapat melihat sokongan Facebook Video dan sebagainya tidak lama lagi.

Mungkin lepas ini, lebih banyak kandungan dan laman-laman web akan terus diintegrasikan pada laman Twitter, sekaligus menjadi satu perhentian untuk menikmati pelbagai kandungan di web.


Komen ()