Samsung Bakal Menyatukan Bada OS Bersama-sama Dengan Tizen

Samsung Bakal Menyatukan Bada OS Bersama-sama Dengan Tizen

Diterbitkan pada Jan 15, 2012 oleh .

Salah satu sistem operasi yang dibangunkan oleh Samsung secara sediri adalah Bada OS, dan pada bulan September lepas, mereka telah menyatakan sokongan untuk sistem operasi Tizen, dibangunkan bersama Intel. Dan menariknya, kini dilaporkan, Samsung bakal menyatukan Bada OS bersama-sama dengan Tizen tidak lama lagi.

Menurut Samsung, usaha tersebut telah pun dimulakan, dan tidak diketahui bilakah ia akan siap sepenuhnya. Melaluinya Tizen akan menyokong aplikasi yang dibangunkan menggunakan Bada SDK, dan kelak, kedua-dua sistem operasi, Bada dan Tizen akan diberikan SDK dan juga API yang serupa.

Bada sendiri kini merupakan salah satu platform yang popular, dimana digunakan oleh sebanyak 2% telefon pintar seluruh dunia, walaupun masih tidak dipasarkan secara menyeluruh dinegara-negara seluruh dunia. Baru-baru ini, Samsung Malaysia telah melancarkan peranti Bada OS 2.0, iaitu Samsung Wave 3 ke pasaran Malaysia.

Untuk peranti Tizen pula, Samsung dan juga Intel bersama-sama bakal memperlihatkannya pada bulan hadapan pada acara Mobile World Congress kelak.

Tips awal daripada Asri Al-Baker.


TIPS & ULASAN