Pelancaran Skype Untuk Windows Phone Semakin Hampir?

Pelancaran Skype Untuk Windows Phone Semakin Hampir?

Diterbitkan pada Jan 15, 2012 oleh .

Dengan Skype kini dibawah Microsoft, semestinya mereka akan mengintegrasikan aplikasi panggilan suara dan video tersebut dengan lebih mendalam pada Windows Phone. Ia masih lagi tidak diketahui bila, tetapi diperkatakan, akan dilancarkan tidak lama lagi untuk Windows Phone.

Skype Windows Phone

Perancangan untuk versi Windows Phone telah dilakukan sejak tahun lepas lagi, dimana pada awalnya telah disasarkan untuk pelancaran hujung tahun 2011. Namun terpaksa ditangguhkan, berkemungkinan Microsoft merancang sesuatu untuk Skype dan Windows Phone.

Walaupun tiada sebarang berita rasmi daripada pihak Microsoft sehingga kini, beberapa ura-ura memperkatakan mungkin Skype untuk Windows Phone akan dilancarkan pada Mobile World Congress yang bakal diadakan pada bulan Februari kelak.


TIPS & ULASAN