Cari @ Amanz

Facebook Bakal Mengadakan Acara Khas Pada Minggu Hadapan

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, bulan ini merupakan antara bulan penting bagi dunia teknologi. Selain daripada CES 2012 yang baru menutup tirai, semua sedia maklum Apple bakal mengadakan acara khas berkaitan dengan pendidikan pada 20 Januari kelak. Dan menariknya, kini Facebook juga bakal mengadakan sebuah acara khas sehari sebelum acara Apple, iaitu pada 19 Januari.

Namun begitu, berbeza dengan sebelum ini, tiada sebarang ikon atau grafik yang memberikan petanda disertakan bersama-sama dengan jemputan yang dihantar mereka, sekaligus menjadikan ianya suatu tanda tanya apakah yang bakal diumumkan oleh Facebook.

Seperti semua sedia maklum, Facebook sudah pun mula memperkenalkan Timeline secara berperingkat, sekaligus memperlihatkan OpenGraph turut akan diperkenalkan dalam masa terdekat kelak. Menurut salah satu laporan, ia juga terdapat kemungkinan Facebook berkongsi maklumat berkaitan dengan kedudukan kewangan mereka pada acara tersebut, dan berkait rapat dengan syarikat mereka.

Sama-sama kita nantikan apa yang disediakan oleh Facebook pada minggu hadapan.


Komen ()