Sony Tablet S Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Sony Tablet S Akan Ke Pasaran Malaysia Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jan 15, 2012 oleh .

Salah satu tablet yang diperkenalkan oleh Sony pada bulan September yang lepas adalah Sony Tablet S, sekaligus memasuki arena industri tablet melaluinya. Dan kini, beberapa ura-ura awal memperkatakan Sony Malaysia bakal melancarkan tablet ini untuk pasaran Malaysia tidak lama lagii. Walaubagaimanapun, tarikh pasti dan juga harga jualan masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Untuk makluman, dari segi spesifikasi, Sony Tablet S membawakan cip pemprosesan dwi-teras NVIDIA Tegra 2, RAM 1GB, menggunakan Android 3.1 Honeycomb, kamera belakang 5-megapixel dan kamera hadapan VGA, skrin seluas 9.4-inci, dan juga ruangan storan bateri sehingga 5,000mAh.

Mungkin lebih banyak maklumat berkaitan dengan Sony Tablet S untuk pasaran Malaysia akan diketahui dan diumumkan oleh Sony Malaysia dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN