Cari @ Amanz

Pada hari ini, kebanyakkan penulis blog mahupun penghasil kandungan menggunakan laman carian Google dalam mendapatkan gambar untuk artikel mereka. Perkara ini kadang-kala adalah bertentangan dengan hak cipta sesuatu gambar dan sebagainya. Untuk makluman, beberapa laman menyediakan perkhidmatan seumpamanya, dan salah satunya adalah PhotoPin.

Melalui PhotoPin, ia membolehkan para pengguna membuat carian gambar-gambar yang dilesenkan dibawah akta Creative Commons, sekaligus membolehkan mereka menggunakan gambar-gambar pada kandungan mereka dengan mudah, dan tentunya dengan menyertakan pautan kredit kepada pemilik gambar tersebut.

Buat masa ini, PhotoPin membuat carian daripada laman Flickr, selain turut menyertakan pilihan untuk membeli gambar daripada beberapa laman jualan gambar terkemuka.

Bagi mereka yang berminat dalam mendapatkan gambar-gambar berlesenkan Creative Commons untuk digunakan dalam kandungan mahupun blog atau laman web, mungkin anda boleh menjenguk laman PhotoPin, selain daripada laman-laman stock photo yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd