Cari @ Amanz

Salah satu permainan lagenda bagi para peminat permainan komputer adalah permainan Counter Strike, yang mana masih lagi aktif dimainkan sehingga ke hari ini. Menariknya, kini usaha untuk membawakan permainan tersebut ke platform Android sedang giat dilakukan, dan versi pembangunan pertamanya sudah pun sedia untuk diuji.

Untuk makluman, ianya dijana menggunakan Unity 3D, dan menggunakan Counter Strike 1.6 padanya, membolehkan anda bermain dengan mudah bersama-sama dengan rakan-rakan anda yang lain, terus melalui telefon pintar ataupun tablet anda.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat pembangunan awal, dan didatangkan dalam dua versi, iaitu, 5o (untuk Android 2.0+ dan terkini) dan juga versi 6u (untuk Android 2.3 dan terkini serta menyokong Android 4.0). Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi Counter Strike ini terus daripada laman forum terkemuka, XDA secara percuma, dan mula mengujinya hari ini, sebelum versi akhirnya dikeluarkan tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd