Apple Mengeluarkan Senarai Pembekal – Syarikat Malaysia Tersenarai

Apple Mengeluarkan Senarai Pembekal – Syarikat Malaysia Tersenarai

Diterbitkan pada Jan 16, 2012 oleh .

Pada minggu ini, salah satu perkara yang dinantikan adalah acara Apple yang memfokuskan kepada pendidikan, dan hari ini, Apple telah melakukan salah satu perkara yang agak janggal, dimana telah mengeluarkan senarai pembekal mereka sepanjang tahun 2011. Dan apa yang menariknya adalah salah satu syarikat Malaysia turut tersenarai.

Syarikat daripada Malaysia yang tersenarai adalah Kenseisha Sdn. Bhd. yang berpengkalan di Bandar Baru Bangi. Untuk makluman, Kenseisha membekalkan asas cakera-keras (harddisk base) untuk Apple. Selain daripada itu, mereka juga menghasilkan beberapa produk berkaitan komputer yang lain, termasuk cakera mikro dan komponen lain untuk komputer.

Selain daripada itu, beberapa syarikat terkemuka lain turut tersenarai, termasuk Sony, Intel, Seagate, Western Digital dan beberapa syarikat yang lain lagi. Bagi mereka yang ingin mendapatkan senarai penuh pengedar Apple sepanjang 2011, anda boleh merujuk kepada dokumen rasmi yang disediakan oleh Apple dalam bentuk PDF.


TIPS & ULASAN