Carian
DiGi Memulakan Kempen Gila Internet Melalui Video Interaktif Pada YouTube
January 16, 2012 Aman

Salah satu perkara menarik sebelum ini yang kita dapat lihat pada novel ataupun beberapa blog adalah dimana beberapa kaedah interaktif digunakan dalam membolehkan para pengguna atau pembaca menentukan jalan cerita sesuatu kisah. Dan perkara ini digunakan oleh DiGi dalam memasarkan kempen Gila Internet mereka, dan menariknya menggunakan video YouTube berbanding dengan teks.

Untuk kempen ini, DiGi menyediakan beberapa video yang mana setiap satunya ditamatkan dalam beberapa minit, dan pada penghujungnya para penonton boleh memilih bagaimana mereka ingin menyambung sesuatu kisah itu, dan setiap satunya membawakan penamat yang berbeza-beza.

Oleh: Fairuz Bakar

Komen