Salah satu perkara yang mungkin menjadi dilema bagi para pekerja adalah berapakah hari cuti yang telah digunakan oleh mereka, dan juga berapa hari lagikah mereka masih boleh mengambil cuti, dari senarai cuti tahunan mereka. Kini, anda boleh menguruskan segalanya berkaitan dengan percutian anda dengan mudah melalui aplikasi MyLeave yang diperkenalkan untuk platform iOS.
Aplikasi MyLeave ini dibangunkan oleh pembangun tempatan, Zarasof Solutions, dan turut mendapat sokongan MSC ICONapps ICON2 untuk membangunkannya. Aplikasi MyLeave ini membawakan antaramuka yang lebih kurang sama dengan aplikasi lain, membolehkan anda mengendalikannya tanpa sebarang masalah. Dan menariknya, ia juga menyertakan sebuah halaman utama yang menyenaraikan ringkasan berkenaan dengan cuti tahunan anda.
Pada masa yang sama, ia juga diintegrasikan bersama-sama dengan cuti am di Malaysia dan Singapura, sekaligus memudahkan pengguna merancang percutian mereka, dan merancang bilakah mereka perlu mengambil cuti dan sebagainya.
Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan aplikasi MyLeave ini terus daripada kedai aplikasi pada harga $0.99, dan tiga orang yang meninggalkan komen dibawah akan dihubungi secara rawak, dan diberikan aplikasi ini secara percuma.