Appxplore Bakal Melancarakan Permainan Mudah-Alih Pertama – Lightopus

Appxplore Bakal Melancarakan Permainan Mudah-Alih Pertama – Lightopus

Diterbitkan pada Jan 16, 2012 oleh .

Sepanjang tahun 2012, dunia mudah-alih Malaysia terus dijangka menarik, dengan bertambah pengguna tablet dan telefon pintar, dan sekaligus membolehkan para pembangun tempatan menawarkan pelbagai permainan interaktif dan menarik untuk para pengguna, dan salah satunya adalah syarikat Appxplore, yang bakal melancarkan permainan mereka – Lightopus.

Buat masa ini, tarikh pelancara rasmi permainan ini masih lagi belum diketahui. Namun, pihak Appxplore telah pun memulakan ujian beta tertutup untuk permainan tersebut. Kami sendiri belum dapat mengujinya, namun melalui sebuah video promosi yang diperlihatkan, ia memperlihatkan permainan tersebut amat menarik, dengan grafik yang kemas dan memikat hati.

Ia tidak diketahui samada adakah pembangun permainan ini mempunyai sebarang perancangan untuk memperkenalkannya pada platform Android dan lain-lain ataupun tidak. Buat masa ini, mereka hanya mensasarkan untuk melancarkannya pada platform iOS sahaja.


TIPS & ULASAN