Seperti pada bulan-bulan lepas, untuk permulaan tahun 2012 ini, bersama kita bulan ini adalah pasangan suami isteri @SheldonGoh & Angelia Ong1. Beritahu sedikit mengenai diri anda dan apa yang anda buat:
Saya Sheldon merupakan pelukis komik, papan cerita (storyboard) dan concept artist dengan pengalaman melukis buku komik untuk pemilik lesen GI Joe di Amerika Syarikat dan pihak penerbitan di England. Buat masa ini sedang bekerja untuk Zenoscope Comics.
Saya juga telah melukis storyboard untuk animasi dan iklan di TV. Saya juga mengendalikan kelas seni digital dan kelas komik untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Saya juga merupakan salah seorang pengasas Banshee Creative Sdn Bhd bersama isteri saya, Angelia.
Banshee Creative Sdn Bhd ialah syarikat yang menyediakan khidmat nasihat dan konsultansi di Malaysia yang bekerjasama dengan pelukis, penulis, designers dan pereka kandungan. Servis kami termasuk editorial, rekaan dan pembangunan ceritera & skrip, lukisan konsep, storyboard. Syarikat kami juga adalah penganjur bersama Malaysian games & Comics Convention (MGCCon) dan ahli kepada Malaysian Comics Creators Association/Persatuan Penggiat Komik Malaysia (PeKOMIK). Kami sangat cintakan apa yang kami lakukan baik kepada klien mahupun kandungan kami sendiri.
Karya kami boleh didapati di: DaPortfolio atau Banshee Creative : http://www.facebook.com/bansheecreative
2. Beritahu kami mengenai portfolio anda yang banggakan:
Banyak artis/pelukis mempunyai masalah ini apabila mereka melihat karya mereka dan menemui perkara yang ingin diperbetulkan. Salah satu perkara sukar ialah untuk belajar berhenti dan let it go lebih-lebih lagi apabila karya untuk client, dan mereka sukakannya. Jadi bagi kami, saya (sheldon) tidak boleh menamakan karya mana yang paling disukai. Bagi Angelia pula, beliau merasakan yang gaya penceritaan saya adalah salah satu kehebatan saya.
3. Kongsikan pengalaman anda yang paling menarik didalam industri ini.
Salah satu acara kesukaan kami tahun lepas adalah acara Comics Are Cool, yang bertempat di kedai komik Earth 638 dimana kami berjumpa ramai peminat, penggemar dan pelukis komik. Ia merupakan satu acara yang menggembirakan dan saya terharu melihat masih ada peminat yang mengumpul komik dan mempunyai minat yang mendalam terhadap pelukis dan pereka komik tempatan sama ada yang indie ataupun yang bersama dengan penerbit tempatan. Kami harap untuk menemui lebih ramai golongan ini di Malaysian Games & Comic Convention nanti
4. Pendapat anda mengenai industri ini di Malaysia:
Susah untuk bercerita berkenaan industri ini. Selalunya pereka komik adalah musuh kepada mereka sendiri. Kita mempunyai banyak bakat, tetapi kurang professional. Ini bukanlah kebiasaan untuk semua, tetapi kita kena berevolusi untuk berkembang. Kita mesti mengakui kelemahan sendiri dan lakukan sesuatu untuk mengubahnya dan tunjukkan pada masyarakat umum yang pereka komik tempatan mempunyai bakat bukat setakat pasaran tempatan, malahan juga pasaran antarabangsa.
5. Akhir sekali, harapan anda terhadap industri kreatif pada masa akan datang:
Ianya adalah salah satu perkara yang sangat menarik untuk melihat lebih ramai orang membaca komik tempatan sama ada di web ataupun komik fizikal. Kita mempunyai penerbit indie diluar sana yang memerlukan perhatian kita untuk membaca komik mereka. Lagipun, komik adalah medium komunikasi bergambar yang sangat menarik, sama ada untuk mengajar kanak-kanak mahupun terhadap subjek tertentu.
Lagipun, gaya cerita yang menarik pasti dapat memikat semua orang :)