Sepanjang tahun ini, beberapa syarikat animasi tempatan mensasarkan untuk melancarkan produk mereka, dan salah satunya adalah BigBeak Pictures. Buat masa ini, mereka mempunyai beberapa perancangan, dan bakal memperkenalkan program mereka yang disasarkan kepada penonton kanak-kanak dalam masa beberapa bulan lagi. Masa yang disasarkan adalah sekitar Jun ataupun Julai kelak.
Produk pertama mereka adalah rancangan televisyen Chummy & Champ yang mana memfokuskan kepada kanak-kanak. Menurut pembangunnya, mereka bakal melancarkan produk mereka itu kelak bersama-sama dengan aplikasi iPad dan beberapa produk yang lain secara serentak.
Untuk anugerah NEF-Awani 2011, BigBeak Pictures bertanding untuk kategori Best Startup Company dan juga Most Innovative Company. Bagi mereka yang berminat, boleh mengundi BigBeak Pictures terus pada halaman rasmi NEF-Awani 2011 di Facebook.
Penafian : Amanz Network adalah rakan media untuk Anugerah ICT NEF-Awani 2011. Terima kasih kepada pihak Paper + Toast atas tajaan lokasi.