Carian
(Ura-Ura) Research In Motion Sedang Mencari Pemilik Baru?
January 16, 2012 Aman

Dengan prestasi Research In Motion yang kurang menyakinkan akhir-akhir ini, kini ura-ura awal mengenai penjualannya sudah mula kedengaran. Ia kini diperkatakan yang mana Research In Motion telah pun memulakan aktiviti untuk membeli pemilik baru yang bersesuaian, dan telah melantik Goldman Sachs untuk memberikan beberapa pilihan yang baik untuknya.

Seperti biasa, perkara ini masih lagi tidak dapat disahkan sepenuhnya, dan masih diperingkat ura-ura. Akhir-akhir ini, beberapa ura-ura dan laporan dikeluarkan memperlihatkan yang mana Research In Motion seperti dilanda zaman merudumnya.

Beberapa minggu sebelum ini, ia dilaporkan yang mana BlackBerry 10 bakal dilesenkan kepada pengeluar peranti yang lain, membolehkan pembangun peranti lain menggunakan sistem operasi BlackBerry 10 pada peranti mereka.

Sekiranya perkara ini benar, maka antara pembeli yang disenaraikan akan membelinya adalah Microsoft dan juga Amazon, memandangkan kedua-duanya sedang memfokuskan arena mudah-alih, dan semestinya pengeluar peranti seperti Research In Motion akan memberikan mereka nilai tambah.

Komen