Cari @ Amanz

Dengan dunia teknologi yang semakin bergerak pantas, isu keselamatan turut mendapat perhatian. Dan kini, salah seorang pengodam yang dikenali dengan nama Yama Tough, telah pun mengeluarkan kenyataan melalui Twitter, dimana beliau akan mengeluarkan kod sumber untuk perisian Norton Antivirus pada hari Selasa ini, iaitu esok.

Menurut Yama Tough, kod sumber Norton Antivirus itu bersaiz sebesar 1.7Gb, dan dijangka akan dilepaskan kepada umum esok. Perkara ini tidak dapat disahkan adakah benar ataupun tidak, tetapi, sepanjang minggu lepas, beberapa bahagian kod sumber daripada produk Symantec telah pun dilepaskan, termasuk beberapa emel Symantec.

Symantec masih lagi belum mengeluarkan sebarang kenyataan buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd