Tiada Perancangan Untuk Transformer Prime Versi 3G

Tiada Perancangan Untuk Transformer Prime Versi 3G

Diterbitkan pada Jan 17, 2012 oleh .

Salah satu peranti yang bakal dilancarkan di Malaysia pada minggu ini adalah Asus Transformer Prime yang mana membawakan cip pemprosesan empat-teras serta menggunakan Android sebagai sistem operasinya. Seperti semua sedia maklum, versi yang bakal dilancarkan adalah WiFi, dan amat mendukacitakan apabila pihak Asus kini diperkatakan telah mengesahkan yang mana versi 3G untuk peranti tersebut tidak akan dikeluarkan.

Menurut laporan yang dikeluarkan, ia diperkatakan tiada sebarang perancangan untuk versi 3G sehingga ke hari ini, dan mungkin tidak akan dikeluarkan sama sekali. Sebelum ini beberapa spekulasi mengatakan Asus mungkin akan mengeluarkannya, dan mungkin kenyataan ini akan membolehkan para pengguna membuat keputusan untuk membeli ataupun tidak peranti Asus Transformer Prime versi WiFi ini.

Di Malaysia, Asus Transformer Prime akan mula dijual bermula hari Rabu ini secara rasminya, pada harga RM2199. Walaubagaimanapun, kedengaran, beberapa kedai telah pun mula menjual peranti tersebut bermula daripada penghujung minggu lepas.


TIPS & ULASAN