WikiPedia Menutup Laman Utama Selama 24 Jam Atas Protes Terhadap SOPA

WikiPedia Menutup Laman Utama Selama 24 Jam Atas Protes Terhadap SOPA

Diterbitkan pada Jan 17, 2012 oleh .

Dalam usaha menentang SOPA, selain daripada Reddit dan beberapa laman lain, kini WikiPedia turut sama mengikut jejak langkah sama, dimana mereka akan menutup laman mereka selama 24 jam bermula pada hari Rabu, sehingga ke hari Khamis. Walaubagaimanapun, ia hanya menjejaskan laman utama, berbahasa Inggeris sahaja, dan keputusan untuk bahasa lain masih lagi tidak diketahui buat masa ini.

Menurut Jimmy Wales, pengasas WikiPedia, laman Jerman akan memaparkan sebuah banner khas menunjukkan protes ke atas SOPA, manakala WikiPedia dalam bahasa-bahasa lain masih lagi belum menetapkan keputusan mereka buat masa ini.

WikiPedia merupakan salah satu laman rujukan terkemuka didunia, dimana ia menerima lebih daripada 25 juta pengunjung dari seluruh dunia setiap hari. Perkara ini semestinya akan memberikan kesan yang meluas, sekaligus mungkin akan memberikan kesan kepada keputusan berkaitan SOPA yang akan dilakukan oleh kerajaan Amerika Syarikat.

Anda boleh mengetahui lebih lanjut berkaitan dengan SOPA melalui artikel khas yang pernah dikeluarkan oleh Amanz sebelum ini, dan ketahui kesannya kepada pengguna di Malaysia.


TIPS & ULASAN