Twitter Bakal Melangkaui Lebih 500 Juta Akaun Berdaftar Bulan Hadapan

Twitter Bakal Melangkaui Lebih 500 Juta Akaun Berdaftar Bulan Hadapan

Diterbitkan pada Jan 17, 2012 oleh .

Sebelum ini, kita dapat lihat, yang mana Facebook disasarkan untuk melangkaui lebih daripada 1 billion akaun pengguna menjelang bulan Ogos kelak. Mengekori rapat dibelakang Facebook, selain Google+ adalah Twitter. Kini, para penganalisa mengatakan yang mana bilangan akaun Twitter berdaftar akan melangkaui angka 500 juta menjelang 25 Februari kelak.

Melalui laman TwoPCharts, sebuah pengiraan terus disediakan, dengan membuat sasaran pada pukul berapakah Twitter akan mempunyai 500,000 akan berdaftar pada laman mereka, yang mana turut sama memperlihatkan popularitinya yang semakin meningkat dari hari ke hari, disamping daripada gergasi Facebook.

Ia diperkatakan yang mana kini terdapat lebih daripada 466 juta akaun berdaftar Twitter, dan bertambah 11 akaun baru setiap saat. Twitter masih lagi belum mengeluarkan statistik rasmi, selain memperkatakan yang mana telah mencapai lebih 300 juta akaun pada bulan Mei yang lepas.


TIPS & ULASAN