Dengan musim perayaan Tahun Baru cina yang semakin hampir, permainan popular, Angry Birds bakal menerima sebuah lagi kemaskini baru pada versi Angry Birds Seasons, dimana dikhaskan untuk Tahun Baru Cina, dan dikenali sebagai Year of the Dragon.
Kemaskini ini dijangka akan diperkenalkan pada semua platform bermula daripada 20 Januari ini, iaitu termasuk untuk platform Android, iOS dan juga BlackBerry PlayBook. Namun begitu, ia tidak dapat dipastikan samada Rovio akan memperkenalkannya kepada pengguna Chrome juga ataupun tidak.