Aplikasi MY-Traffic Memudahkan Para Pengguna Android Mengikuti Keadaan Lalu-Lintas

Aplikasi MY-Traffic Memudahkan Para Pengguna Android Mengikuti Keadaan Lalu-Lintas

Diterbitkan pada Jan 17, 2012 oleh .

Selain daripada beberapa aplikasi, seperti Waze dan iJalan, kini salah satu aplikasi yang menawarkan fungsi lebih kurang sama diperkenalkan dalam bentuk beta, dinamakan sebagai MY-Traffic. Untuk makluman, buat masa ini, MY-Traffic hanya ditawarkan untuk pengguna Android sahaja, dan masih tiada perancangan untuk versi lain buat masa ini.

Melalui aplikasi MY-Traffic, ia menarik data daripada beberapa perkara, termasuk PLUS, LLMTraffic, dan pada masa yang sama, para pengguna sendiri boleh menyumbang data untuk para pengguna lain, sekaligus memudahkan perkongsian data antara pengguna lain.

Dari segi pendaftaran, ia hanya menggunakan alamat emel yang digunakan pada peranti Android anda, dan menggunakan sokongan GPS untuk mengenal-pasti lokasi anda. Kemudian bagi para pengguna yang ingin melaporkan sesuatu keadaan lokasi, mereka hanya perlu tekan butang melapor, dan seterusnya memilih apakah masalah ditempat tersebut.

Selain daripada itu, para pengguna juga boleh menyemak keadaan sesuatu lokasi dengan menaip lokasi dan sebagainya.

Daripada apa yang kami gunakan untuk beberapa minit, ia kelihatan aplikasi ini amat ringkas, dan mudah digunakan, selain pada masa yang sama amat memudahkan untuk semak keadaan trafik semasa.

Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh memuat-turunnya terus daripada Android Market, selain anda juga boleh memberikan maklumbalas kepada pembangun melalui kotak komen dibawah.


TIPS & ULASAN