Carian
Madcat World Menawarkan Aplikasi Symbian Dan Laman Sosial Bercirikan Islam
January 17, 2012 Aman

Semua sedia maklum, di Malaysia terdapat ramai pembangun yang memfokuskan kepada pembangunan aplikasi Android dan juga iOS. Dan tidak kurang juga yang memfokuskan semata-mata kepada aplikasi Symbian, dan salah satunya adalah MadCat World Sdn Bhd, dimana selain memfokuskan platform Symbian, mereka juga memfokuskan kepada kategori aplikasi berasaskan Islam.

Buat masa ini, terdapat beberapa aplikasi yang ditawarkan oleh pembangun tersebut, dimana kesemuanya dijual pada harga RM2 setiap satu. Antara aplikasi yang ditawarkan, termasuklah Du’a Harian, Asma Ul Husna, Niat Solat, Zikir dan sebagainya. Satu-satunya aplikasi yang ditawarkan oleh mereka secara percuma adalah goKL, yang menawarkan beberapa informasi berkaitan dengan tempat-tempat dan lokasi menarik sekitar Kuala Lumpur.

Selain daripada itu, Madcat World juga turut sama menawarkan sebuah laman sosial tersendiri, dinamakan sebagai Nurmuslim. Melalui laman sosial tersebut, ia membolehkan para pengguna membina profil dengan mudah, dan salah satu perkara yang menarik perhatian padanya adalah koleksi video ceramah agama padanya.

Selain daripada itu, Madcat World juga mensasarkan beberapa lagi produk untuk dilancarkan sepanjang tahun ini. Pada masa yang sama, Madcat World turut sama tersenarai pada NEF-Awani 2011, dan bertanding pada kategori Best Mobile Content dan Best Startup Company, dan mungkin anda boleh mengundi mereka, dan menyokong mereka dalam menghasilkan lebih banyak produk bermutu.

Penafian : Amanz Network adalah rakan media untuk Anugerah ICT NEF-Awani 2011. Terima kasih kepada pihak Paper + Toast atas tajaan.

Komen