Cari @ Amanz

Dengan acara CES 2012 yang tamat, dan Mobile World Congress yang bakal diadakan pada bulan hadapan, salah satu peranti yang dinantikan ramai adalah Galaxy S3 daripada Samsung. Hari ini, ia dilaporkan, melalui video promosi yang dikeluarkan oleh Samsung berkenaan dengan CES 2012, salah satu peranti diperkatakan sebagai Galaxy S generasi baru.

Ianya membawakan rekabentuk lebih kurang sama seperti Galaxy Note, tetapi dengan beberapa perubahan. Namun, bagi kami, ianya mungkin prototaip awal untuk keluarga Galaxy Note ataupun Galaxy S3, kerana pada Galaxy S3, memandangkan ianya menggunakan Android Ice Cream Sandwich, berkemungkinan tiada sebarang butang disertakan padanya.

Melalui peranti yang diperlihatkan pada video tersebut, ia membawakan rekabentuk yang amat nipis, serta kedudukan kamera hadapan yang sedikit berbeza dengan yang terdapat pada Galaxy Note.

Bagi mereka yang berminat, mungkin anda boleh melihatnya pada video promosi Samsung untuk CES 2012, pada minit ke 7:12.

Terima kasih Eins.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd