Sokongan Open Graph Pada Facebook Akan Mula Diaktifkan Hari Rabu Ini?

Sokongan Open Graph Pada Facebook Akan Mula Diaktifkan Hari Rabu Ini?

Diterbitkan pada Jan 17, 2012 oleh .

Sejak memperkenalkan sokongan Open Graph pada bulan September lepas, pada acara F8, sehingga kini, hanya beberapa aplikasi sahaja yang disokong oleh Facebook. Kini, dengan acara Facebook yang disasarkan pada hari Khamis ini, ia mula diperkatakan, Facebook bakal melancarkan aplikasi fasa pertama yang disahkan oleh Facebook untuk Open Graph.

Melalui integrasi OpenGraph yang baru, ia membolehkan para pembangun laman web mengintegrasikan sokongan seperti butang “Read” “Listen” dan “Watch” pada laman masing-masing, sekaligus memberikan impak yang lebih meluas kepada laman web mereka.

Buat masa ini, salah satu laman popular yang memperkenalkan integrasi ini adalah Yahoo!, dimana mungkin ramai yang sedia perasan akan bila rakan-rakan mereka membaca sesuatu artikel, ia secara automatik berkongsi pada laman Facebook, tanpa perlu klik butang Like dan sebagainya.

Perkara ini juga berkait-rapat dengan sokongan Facebook Timeline, dan ia turut dilaporkan Facebook mungkin akan mula mengaktifkan rekabentuk profil baru itu kepada semua tidak lama lagi. Buat masa ini, sokongan Facebook Timeline hanya diaktifkan atas permintaan pengguna sahaja.


TIPS & ULASAN