Pengenalan IPv6 Kepada Semua Secara Rasmi Pada 6 Jun 2012

Pengenalan IPv6 Kepada Semua Secara Rasmi Pada 6 Jun 2012

Diterbitkan pada Jan 18, 2012 oleh .

Sejak daripada tahun lepas, perkara berkenaan dengan IPv6 telah hangat diperbincangkan, dan kini ia diumumkan yang mana IPv6 akan dilancarkan secara global dengan rasminya pada 6 Jun 2012 kelak, sekaligus membawakan fokus utama kepada IPv6. Buat masa ini, hanya segelintir perkhidmatan web sahaja yang menyokongnya, dan bermula daripada tarikh tersebut, semua perkhidmatan dijangka akan diaktifkan dengan IPv6.

Di Malaysia, pembangunan IPv6 turut telah dimulakan sejak tahun lepas, dan beberapa laman tempatan telah pun mula menyokongnya. P1 juga telah menyatakan sokongan untuknya bakal diperkenalkan, dan semestinya Telekom Malaysia telah bersedia dengannya. Beberapa penyedia hos web juga telah sedia dengan sokongan IPv6.

Mungkin kita akan dapat mendengar lebih banyak lagi perkembangan IPv6 di Malaysia dalam beberapa minggu atau bulan. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN