Aplikasi Pemain Muzik CM9 Sedia Diuji Oleh Para Pengguna Android

Aplikasi Pemain Muzik CM9 Sedia Diuji Oleh Para Pengguna Android

Diterbitkan pada Jan 18, 2012 oleh .

Bagi para peminat Android, semestinya anda ketahui akan salah satu Mod popular dikalangan pengguna, dinamakan sebagai CyanogenMod. Kini, dengan versi CyanogenMod 9 yang semakin menghampiri versi akhir, salah satu aplikasi yang akan disertakan bersamanya, iaitu aplikasi pemain muzik Android, telah pun dilepaskan, membolehkan para pengguna yang berminat menguji dan menggunakannya.

Melalui pemain muzik baru itu, ia membawakan beberapa penambahan padanya, termasuk rekabentuk yang menyerupai aplikasi pemain muzik terbina daripada Google, selain beberapa fungsi tambahan padanya.

Pemain muzik CM9 ini turut membawakan sokongan widget, selain menariknya membolehkan para pengguna mengawalnya dengan mengoncangkan peranti dan sebagainya.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh mengujinya dengan memuat-turun fail APK dan menggunakannya pada peranti anda. Aplikasi ini juga disasarkan akan dijenamakan semula, dan dimuatkan ke Android Market tidak lama lagi.

Gambar daripada Zul.


TIPS & ULASAN