Samsung Antara Pihak Yang RIM Berbincang Mengenai Penjualan?

Samsung Antara Pihak Yang RIM Berbincang Mengenai Penjualan?

Diterbitkan pada Jan 18, 2012 oleh .

Samsung boleh diperkatakan merupakan salah satu gergasi dalam dunia pengeluaran produk elektronik untuk pengguna, dan setelah memperkenalkan beberapa produk baru-baru ini, kini ura-ura baru timbul, melaporkan Samsung merupakan salah satu syarikat utama yang berbincang untuk mengambil-alih RIM.

Berita pengambil-alihan Research In Motion telah diperkatakan sejak penghujung tahun lepas, dan kembali hangat akhir-akhir ini, dimana diperkatakan antara yang berminat termasuklah Microsoft.

Menurut laporan terbaru, ia diperkatakan RIM sedang mensasarkan samada untuk menjual keseluruhan syarikat tersebut, ataupun hanya sebahagian sahaja daripada syarikat tersebut. Pada masa yang sama, ia juga turut diperkatakan RIM berbincang mengenai perlesenan sistem operasi mereka untuk digunakan bersama pengeluar peranti lain.

Buat masa ini, Samsung telah pun berjaya dengan Android, selain turut bakal memperkenalkan sistem operasi Tizen bersama peranti baru mereka pada acara Mobile World Congress bulan hadapan.


TIPS & ULASAN