Pengasas Yahoo!, Jerry Yang Berhenti Daripada Yahoo! Sepenuhnya

Pengasas Yahoo!, Jerry Yang Berhenti Daripada Yahoo! Sepenuhnya

Diterbitkan pada Jan 18, 2012 oleh .

Setelah memperkenalkan CEO baru sebelum ini, iaitu bekas presiden PayPal, Scott Thompson, hari ini sekali lagi berlaku perubahan besar di dalam Yahoo!, dimana salah seorang pengasasnya, Jerry Yang telah pun berhenti daripada menjadi lembaga pengarah Yahoo! dan semua jawatan lain dalam syarikat tersebut.

Yahoo! sebelum ini merupakan salah satu gergasi internet, namun menghadapi zaman kemeruduman akhir-akhir ini. Sebelum ini, Yahoo! telah pun memeterai perjanjian bersama Microsoft untuk menjana enjin carian mereka. Dan kini, ia kelihatan Yahoo! sedang memfokuskan kepada kandungan media baru mereka, dan mungkin kita akan dapat melihat perubahan pada Yahoo! dalam masa beberapa minggu lagi, dibawah CEO baru Yahoo!.


TIPS & ULASAN