Google+ Membawakan Fungsi Menambah Teks Pada Imej – Gambar Meme Kini Lebih Mudah

Google+ Membawakan Fungsi Menambah Teks Pada Imej – Gambar Meme Kini Lebih Mudah

Diterbitkan pada Jan 18, 2012 oleh .

Nampaknya, Google terus menambah fungsi baru pada laman sosial mereka, Google+, dimana kini mereka membolehkan para pengguna dengan mudah menambah teks pada gambar, serta-mert selepas para pengguna memuat-naik gambar pada laman sosial tersebut.

Sebelum ini, Google+ hanya sekadar membolehkan para pengguna menambah beberapa efek khas pada gambar mereka, dan kini dengan populariti gambar meme dengan teks yang semakin popular dari hari ke hari, Google turut memudahkan pengguna membuat perkara sama terus melalui laman sosial mereka.

Dan semestinya sekiranya ramai pengguna menghasilkan gambar menarik, dan berkongsi pada laman-laman lain, ia akan memberikan kesan positif kepada Google+.

Buat masa ini, fungsi ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dimana anda akan melihat pautan pantan untuk Add Teks, sebaik sahaja selepas menambah gambar pada ruangan Share di Google+.


TIPS & ULASAN