Cari @ Amanz

Selain daripada mempromosikan perkhidmatam emel Microsoft dengan membandingkan bersama Yahoo! Mail dan juga GMail, kini Microsoft turut sama mengeluarkan sebuah video promosi khas dengan membandingkannya bersama-sama dengan perkhidmatan Google Docs dan juga Office.

Melalui video promosi ringkas yang dikeluarkan oleh Microsoft, ia memperlihatkan sokongan kolaborasi pada Office yang membolehkan para pengguna bekerjasama pada waktu yang sama serta juga integrasi SkyDrive padanya, selain rekabentuk yang dihasilkan melalui Office yang lebih menarik berbanding pada Google Docs.

Walaubagaimanapun, seperti mungkin diketahui oleh semua pengguna Google, beberapa fungsi yang diperlihatkan turut sama terdapat pada perkhidmatan Google Docs, dan mungkin ianya hanya sekadar video promosi daripada Microsoft dalam mensasarkan para pengguna pelajar.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd