Seperti semua sedia maklum, beberapa nama besar dan gergasi internet telah pun bersatu untuk memprotes ke atas akta SOPA dan PIPA yang sedang dibahaskan di Amerika Syarikat. Dan kini, Google turut sama menyertainya, dengan memperlihatkan pautan khas pada laman carian utama mereka, dan hanya diperlihatkan kepada pengguna dari Amerika Syarikat.
Pada masa yang sama, sebuah laman khas turut disediakan, memberikan penerangan dengan lebih mendalam berkenaan dengan perkara ini, selain menyediakan beberapa video dalam memberikan penerangan yang lebih mendalam berkenaan dengan perkara ini.
Selain daripada Google, WikiPedia dan juga Reddit turut memprotes dengan menutup sementara laman utama mereka. Beberapa nama besar lain turut menyertai protes ini.