Dapatkan Kad Nama Facebook Anda Secara Percuma Daripada Moo.com

Dapatkan Kad Nama Facebook Anda Secara Percuma Daripada Moo.com

Diterbitkan pada Jan 18, 2012 oleh .

Pada minggu lepas, Moo dan juga Facebook telah menawarkan kad nama bercetak secara percuma kepada semua, menggunakan gambar Facebook Timeline dan beberapa maklumat daripada Facebook. Kini, tawaran tersebut kembali semula, membolehkan anda mendapatkannya secara percuma, tanpa sebarang kos.

Melaluinya, ia menggunakan gambar Facebook Cover anda, selain menarik data dan beberapa maklumat daripada akaun Facebook, dan kemudiannya di cetak untuk anda tanpa sebarang kos. Penghantaran juga dilakukan tanpa sebarang caj, membolehkan anda mendapatkannya secara percuma sepenuhnya.

Melalui tawaran yang diberikan, Moo menawarkan 50 kad bercetak secara percuma, dengan penghantaran global percuma mengikut pos biasa. Anda juga boleh mencetak imej berbeza pada setiap kad, dan beberapa pilihan tambahan, semestinya pada kos tambahan.

Bagi yang berminat, mungkin anda boleh layari laman Moo hari ini, dan mencetak kad nama Facebook anda secara percuma.

Kemaskini 30/01/2012= Kad ini tidak lagi ditawarkan secara percuma. Minimum 50 keping berharga 10 Euro


TIPS & ULASAN