Carian
DiGi Menawarkan Pelayaran Internet Percuma Melalui DiGiLIVE Zero
January 18, 2012 Aman

DiGi sering menawarkan tawaran menarik kepada pengguna mereka, dimana sebelum ini mereka telah pun bekerjasama dengan Opera Software dalam menawarkan aplikasi pelayar web mudah-alih percuma itu kepada pengguna DiGi, dan kini ia terus diberikan nilai tambah melalui DiGiLIVE Zero.

Melalui promosi yang disediakan oleh DiGi itu, ia membolehkan para pengguna untuk mengakses beberapa laman web secara percuma melalui pelayar web Operai Mini. Antara laman yang turut disertakan adalah termasuk MilkADeal, DealMates, I Love Discounts dan beberapa lagi. Ia juga turut menyertakan laman dari Indonesia seperti Kompas dan juga Okezone.

Promosi ini disediakan oleh pihak DiGi bermula daripada hari ini sehingga 31 Mac 2012 kelak, dan bagi mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengannya, dan cara aktifkannya, para pengguna boleh rujuk kepada laman rasmi DiGiLIVE Zero hari ini.

Komen