Cari @ Amanz

Latar Produk Telefon Pintar Sony Sepanjang 2012 Mula Tersebar

Oleh Aman

Link Copied!

Sesudah pengenalan Xperia S daripada Sony pada acara CES 2012 yang lepas, kini senarai nama kod untuk telefon pintar yang bakal dikeluarkan oleh Sony sepanjang tahun 2012 ini mula tersebar di arena internet, sekaligus memberikan idea, Sony telah pun merancang untuk melancarkan sekurang-kurangnya sebanyak 11 peranti baru sepanjang tahun ini.

Telefon pintar pertama daripada mereka tanpa penjenamaan Ericsson yang diperkenalkan pada minggu lepas, iaitu Xperia S disasarkan untuk mula dijual pada suku tahun pertama. Melalui jadual nama peranti dan juga bulan sasaran yang tersebar ini, ia menujukkan Sony mensasarkan melancarkan lebih 11 peranti tambahan lagi, dan bulan April dan juga September merupakan fokus utama mereka, dimana pada bulan tersebut, lebih 3 peranti disasarkan untuk pelancaran.

Dan semestinya pada acara Mobile World Congress yang bakal diadakan bulan Februari turut sama akan memperlihatkan beberapa peranti baru dilancarkan oleh pihak Sony. Walaupun buat masa ini apa yang sedia maklum adalah Sony memfokuskan kepada peranti Android, beberapa ura-ura baru turut sama kedengaran, mengatakan pihak Sony mungkin akan turut sama memperkenalkan peranti berasaskan Windows Phone. Namun tiada pengesahan berkenaan dengan perkara tersebut buat masa ini.


Komen ()