VLC Media Player Versi 2.0 Bakal Menemui Pengguna Tidak Lama Lagi

VLC Media Player Versi 2.0 Bakal Menemui Pengguna Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Jan 18, 2012 oleh .

Dalam ratusan pemain media yang terdapat dalam arena industri perkomputeran pada hari ini, VLC Media Player yang dibangunkan oleh VideoLAN merupakan salah satu pemain yang popular, dan digunakan ramai, disamping menyokong pelbagai jenis video berbeza. Dan pembangunnya mensasarkan untuk terus menambah dan mengekalkan pengguna mereka melalui versi baru yang bakal diperkenalkan tidak lama lagi.

VLC Media Player merupakan salah satu pemain media yang menyokong pelbagai jenis video pada semua sistem operasi, tidak kira Windows, OS X ataupun Linux. Melalui versi 2.0, ia turut membawakan sokongan Blu-Ray Discs, serta beberapa sokongan tambahan baru seperti pengimejan WMV dan yang lain. Setiap filter video juga boleh di transcode melalui versi baru ini.

Dan salah satu perkara yang menariknya adalah sokongan untuk versi 64-bit, dan juga sokongan untuk platform mudah-alih, terutamanya Android dan juga iOS. Walaubagaimanapun, masih tiada aplikasi VLC pada Apple AppStore setelah ianya dibuang oleh Apple pada tahun lepas. Namun, para pengguna peranti iOS boleh mendapatkannya melalui halaman khas pada laman VideoLan. Perkara sama juga untuk para pengguna Android.

Sepanjang tahun ini juga mungkin kita boleh mensasarkan untuk melihat lebih banyak perkembangan positif daripada pembangun VideoLAN untuk aplikasi yang dicintai ramai, VLC Media Player.

Bagi mereka yang berminat untuk menguji versi pembangunan VLC Media Player 2.0 yang masih lagi belum stabil sepenuhnya, anda boleh memuat-turunnya daripada laman pembangunan VLC, dan mengujinya sendiri. VideoLAN dijangka memperkenalkannya secara rasmi pada minggu depan.


TIPS & ULASAN