Carian
Bersama Pembangun Hud Hud Media – Finalis NEF-Awani 2011
January 18, 2012 Aman

Industri kreatif dan multimedia merupakan salah satu industri yang mendapat perhatian ramai sejak daripada tahun lepas, dan pada tahun 2012, lebih banyak produk animasi dan multimedia disasarkan untuk dilancarkan pada tahun ini, dengan beberapa filem telah pun diketahui akan ditayangkan dipawagam dan juga saluran televisyen tempatan.

Dan salah satu syarikat yang menghasilkan animasi tempatan yang kini dalam pembangunan adalah Hud Hud Media, yang mana membawakan konsep islamik dan juga pendidikan dalam animasi mereka, sekaligus membolehkan kanak-kanak dan mereka yang menonton animasi tersebut boleh menambah ilmu-ilmu menarik daripadanya.

Melalui perbualan ringkas kami bersama pembangun disebaliknya, ia diketahui Hud Hud Media kini dalam perbincangan bersama beberapa saluran televisyen, dan mungkin kita akan dapat melihat ianya ditayangkan tidak lama lagi.

Pada masa yang sama, Hud Hud Media turut tersenarai pada kategori Animasi Terbaik pada Anugerah NEF-Awani 2011, dan mungkin anda boleh mengundi mereka untuk kategori tersebut, supaya mereka boleh memenanginya, dan terus membawakan pelbagai perkara menarik ke dunia animasi dan multimedia tempatan.

Penafian : Amanz Network adalah rakan media untuk Anugerah ICT NEF-Awani 2011. Terima kasih kepada pihak Paper + Toast atas tajaan lokasi.

Komen