Cari @ Amanz

Bagi para peminat peranti Nokia, mungkin anda ternanti-nanti akan Nokia Lumia 800 tiba di Malaysia tidak lama lagi, yang mana menjadi antara peranti terawal dari Nokia menggunakan Windows Phone sebagai sistem operasinya. Mengikut ura-ura awal, ia disasarkan pelancaran pada minggu pertama bulan Februari. Namun, lebih awal daripada itu, salah seorang pembangun Nokia tempatan, Asri Al-Baker telah pun menyediakan sebuah video pandang pertama untuk peranti tersebut dalam bahasa Malaysia.

Bersama-sama dengan Nokia Lumia, apa yang dinantikan turut sama oleh para peminat Windows Phone adalah pelancaran Marketplace dengan sokongan Malaysia. Sehingga ke hari ini, ia masih belum dilancarkan. Namun, Microsoft telah pun memulakan usaha awal, dan mungkin kita akan dapat melihat ia dilancarkan bersama-sama dengan peranti Nokia Lumia di Malaysia, ataupun mungkin lebih awal sedikit daripadanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd