Cari @ Amanz

Aplikasi Wikipedia Untuk Android Yang Rasmi Kini Boleh Didapati Daripada Market

Oleh Aman

Link Copied!

Topik hangat sejak tengah hari semalam adalah berkenaan dengan WikiPedia yang menutup halaman berbahasa Inggeris mereka atas sebab protes terhadap SOPA. Dan pada masa yang sama, selain daripada itu, ia juga kelihatan kini pihak Wikipedia telah pun mengeluarkan aplikasi rasmi mereka untuk platform Android, dan boleh dimuat-turun terus daripada Android Market hari ini.

Melalui aplikasi Wikipedia untuk Android, selain daripada hanya memudahkan para pengguna untuk mendapatkan pelbagai rujukan terus melalui peranti mudah-alih mereka, ia juga pada masa yang sama disertakan dengan sokongan untuk membacanya secara luar-talian. Namun untuk menggunakannya, para pengguna kena menyimpan artikel pilihan anda.

Sama seperti versi web, ia juga membawakan pelbagai pilihan bahasa, serta bagi mereka yang gemar mengembara, dan ingin menemui pelbagai lokasi menarik, anda boleh mengaktifkan fungsi geolokasi, dan melihat artikel-artikel berdekatan anda, yang biasanya berkaitan dengan lokasi bersejarah dan sebagainya. Fungsi cadangan carian turut disertakan padanya.

Bagi para pengguna Android yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi Wikipedia untuk Android ini secara percuma daripada Android Market, dan mula menggunakannya hari ini, selain menjadi teman ensiklopedia rapat anda kemana jua anda pergi.


Komen ()