Facebook Melancarkan Lebih 60 Aplikasi Untuk Timeline

Facebook Melancarkan Lebih 60 Aplikasi Untuk Timeline

Diterbitkan pada Jan 19, 2012 oleh .

Facebook Timeline telah pun dilancarkan pada tahun lepas, dan kini secara rasminya Facebook telah pun memulakan sokongan pelbagai jenis aplikasi baru berasaskan Open Graph untuk digunakan bersama-sama dengan profil Facebook anda. Untuk permulaan, lebih daripada 60 aplikasi diperkenalkan oleh Facebook hasil kerjasama bersama dengan perkhidmatan web yang lain.

Melalui sokongan baru ini, ia membolehkan para pengguna menambah pelbagai jenis aktiviti, daripada pelbagai perkhidmatan lain, seperti FourSquare, FoodSpotting dan sebagainya, terus ke laman profil Timeline anda.

Untuk makluman, melalui sokongan Open Graph baru ini, anda tidak lagi perlu menambahnya secara sendiri pada Facebook, sebaliknya akan berfungsi secara automatik. Sebaik sahaja anda membuat sesuatu perkara, seperti mendengar lagu, menonton video atau membaca sesuatu, ia akan terus dipaparkan pada laman Facebook. Sebagai contoh, sebelum ini, aplikasi integrasi Yahoo! membolehkan pelbagai artikel yang dibaca oleh anda, terus dipaparkan pada laman tersebut.

Pada masa yang sama, Facebook juga turut melaporkan mereka akan mula mengesahkan pelbagai aplikasi dari para pembangun, dan mungkin kita akan dapat melihat lebih banyak laman tempatan menggunakannya dalam masa terdekat nanti.

Sekiranya anda merupakan pengguna Facebook Timeline, maka anda boleh mula menambah aplikasi pada profil anda bermula hari ini, ataupun bagi yang belum, mungkin anda boleh aktifkan Timeline anda serta-merta.


TIPS & ULASAN