Jikalau dilihat dari segi laman sosial yang menawarkan fungsi penuh, Google+ merupakan musuh terdekat Facebook. Dalam usaha untuk terus menarik pengguna menggunakan perkhidmatan mereka, Google kini turut menambah sokongan untuk merakamkan video terus daripada laman sosial tersebut, melalui sokongan terbina webcam.
Video yang dirakamkan itu, akan terus dimuat-naik ke laman sosial Google+ secara automatik, sekaligus memberikan pilihan untuk para pengguna untuk merakam video-video berbentuk kasual, selain daripada YouTube yang kini lebih melihat video-video professional terhasil pada platform tersebut.
Fungsi ini disasarkan untuk diperkenalkan kepada semua secara berperingkat, dimana sekiranya anda tidak melihat akan fungsi tersebut pada hari ini, ia akan kelihatan pada profil anda dalam masa sehari dua lagi.