Carian
Bersama Pembangun CouponHouz – Finalis NEF-Awani 2011
January 19, 2012 Aman

“Bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan.” Begitulah perumpamaan yang boleh dikatakan berkaitan dengan laman-laman diskaun dan tawaran harian di Malaysia, mahupun global. Namun begitu, salah satu laman tempatan yang membawakan konsep berbeza adalah CouponHouz.com yang mana telah dijenamakan semula sebagai CouponXcess baru-baru ini.

Melalui CouponHouz, apa yang berbeza adalah, dari segi perspektif peniaga adalah dimana mereka tidak perlu membayar sebarang komisyen jualan kepada pihak CouponHouz, membolehkan mereka menyimpan keuntungan sepenuhnya, berbeza dengan pelbagai laman yang meminta komisyen sehingga 50% untuk setiap jualan.

Dari segi perspektif pengguna pula, mereka hanya perlu membayar wang keahlian tahunan, dan untuk tempoh tersebut mereka boleh mendapatkan pelbagai jenis kupon mengikut keperluaan mereka, dan tidak perlu risau mengenai tempoh yang terhad dan sebagainya seperti laman-laman lain.

CouponHouz juga turut sama tersenarai pada Anugerah NEF-Awani 2011 yang mana akan tutup pengundianya tidak lama lagi, dan bagi anda yang menyukai perkhidmatan CouponHouz, anda boleh mengundi mereka untuk kategori Best New Media.

Penafian : Amanz Network adalah rakan media untuk Anugerah ICT NEF-Awani 2011. Terima kasih kepada pihak Paper + Toast atas tajaan lokasi.

Komen