HezMedia Menawarkan Aplikasi Permainan iOS – Ah Long Attack

HezMedia Menawarkan Aplikasi Permainan iOS – Ah Long Attack

Diterbitkan pada Jan 20, 2012 oleh .

Dunia pembangunan aplikasi di Malaysia semakin berkembang pesat, dimana boleh diperkatakan hampir setiap minggu terdapat sebuah aplikasi baru diperkenalkan, dan dibangunkan. Salah satu syarikat tempatan yang terkenal dalam pembangunan aplikasi bergenrekan permainan adalah HezMedia Interactive.

Sehingga kini, beberapa produk telah dibangunkan oleh pihak HezMedia, dan salah satunya merupakan aplikasi permainan iOS yang dinamakan sebagai Ah Long Attack, yang telah dilancarkan pada sebulan yang lepas.

Melalui permainan tersebut, para pemain dikehendaki membina kubu mereka tersendiri, dan melindungi kampung daripada diserang oleh “Ah Long”. Permainan tersebut turut mengintegrasikan beberapa ciri-ciri Malaysia padanya.

Bagi para pengguna iOS, anda boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma daripada AppStore pada hari ini, dan mula bermain dengannya. Pada masa yang sama, anda juga boleh mengundi HezMedia yang bertanding dalam NEF-Awani 2011 untuk kategori Best Young Technopreneur.

Penafian : Amanz Network adalah rakan media untuk Anugerah ICT NEF-Awani 2011. Terima kasih kepada pihak Paper + Toast atas tajaan.


TIPS & ULASAN