Carian
Google+ Kini Mempunyai Lebih Daripada 90 Juta Pengguna Seluruh Dunia
January 20, 2012 Aman

Anak emas Google, selain daripada Android dan Chrome, adalah produk sosial terbaru mereka, iaitu Google+. Ia merupakan antara produk daripada Google yang berkembang dengan pesat, dimana hampir setiap minggu, fungsi baru diperkenalkan padanya, dan pada hari ini, Larry Page telah pun mengumumkan Google+ kini mempunyai lebih daripada 90 juta pengguna seluruh dunia.

Apa yang menariknya berkenaan dengan perkara ini adalah dimana angka pengguna Google+ dilihat berkembang dan meningkat dengan pantas dari hari ke hari, dan lebih daripada sekali ganda sejak daripada suku tahun yang lepas, ketika pengumuman rasmi Google sebelum ini.

Peningkatan drastik ini mungkin kesan positif daripada penggunaan Google Bar baru, selain mempromosikannya pada halaman utama Google, dan juga menarik pelbagai selebriti seluruh dunia untuk menggunakannya, dan menawarkan sokongan Hangout melaluinya.

Pada masa yang sama, Google turut melaporkan yang mana kadar penggunaan harian pengguna Google+ adalah sekitar 60%, salah satu angka yang tinggi, dan memperlihatkan ramai yang sudah mula menggunakannya secara aktif akhir-akhir ini.

Komen