Animasi Haiya Bid Doa Dari Tulus Fikir Bakal Ditayangkan Pada Tahun Ini

Animasi Haiya Bid Doa Dari Tulus Fikir Bakal Ditayangkan Pada Tahun Ini

Diterbitkan pada Jan 20, 2012 oleh .

Dengan sokongan kerajaan untuk membawa industri kreatif dan multimedia ke tahap yang lebih tinggi, syarikat-syarikat baru yang memfokuskan kepada penghasilan animasi muncul dengan banyaknya, dan salah satu daripadanya adalah Tulus Fikir Animation House.

Buat masa ini, Tulus Fikir masih memfokuskan sepenuhnya kepada penghasilan animasi berasaskan 3D, dan beberapa rancangan yang dihasilkan mereka telah pun dimainkan di saluran televisyen tempatan, terutamanya RTM. Pada masa yang sama, melalui perbualan kami dengan pihak Tulus Fikir, ia didapati sepanjang tahun ini, mereka akan terus membawakan pelbagai jenis genre animasi ke kaca televisyen negara.

Salah satu produk baru yang sedang dibangunkan mereka adalah dinamakan sebagai Haiya Bid Doa (Jom Berdoa), yang mana dihasilkan dalam pilihan dwi bahasa, iaitu Bahasa Malaysia dan Inggeris. Melaluinya, ia membawakan bacaan pelbagai jenis doa harian dalam bentuk kurang 1 minit, dan lebih 39 episod dihasilkan oleh mereka, dalam matlamat untuk membolehkan lebih ramai orang, terutamanya kanak-kanak mengetahui doa harian dan menggunakannya dalam aktiviti harian mereka.

Pada masa yang sama, Tulus Fikir juga turut bertanding dalam Anugerah NEF-Awani 2011, dalam kategori Best of Animation. Selain daripada mengundi mereka, para pembaca juga turut boleh melihat hasil mereka pada halaman YouTube, ataupun mengetahui lebih lanjut mengenai mereka melalui laman rasmi mereka.

Penafian : Amanz Network adalah rakan media untuk Anugerah ICT NEF-Awani 2011.


TIPS & ULASAN