Cari @ Amanz

Google sering menguji pelbagai perkara baru setiap hari, dimana kadang-kala kita tidak perasan akan perubahan yang dibawakan oleh mereka. Dan baru-baru ini, ia kelihatan Google telah pun mula mengaktifkan halaman pendaftaran yang serba baru, dengan memberikan lebih banyak keterangan mengenai beberapa perkara yang disediakan oleh mereka.

Dengan peranti Android yang terjual ratus-ribuan sehari, akaun Google menjadi salah satu perkara popular dikalangan pengguna baru, dan melalui halaman pendaftaran baru mereka, ia kelihatan Google mengaktifkan profil Google+ dan juga GMail secara automatik. Namun, pada masa yang sama, ia turut kelihatan, sekiranya para pengguna mendaftar daripada pautan produk Google seperti Google Docs, Google Groups dan beberapa lagi, perkara ini bukanlah suatu kewajipan.

Mungkin dengan perkara ini, Google dapat terus menarik ramai pengguna baru di arena internet, untuk menggunakan emel dan juga profil laman sosial mereka tersendiri, serta dapat bersaing dengan yang lain lebih mudah.

Sepanjang tahun ini juga, akaun Google+ dijangka meningkat mendadak, dengan angka profil berdaftar kini pada angka 90 juta akaun.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd