Jailbreak Tanpa Tambatan Untuk iPhone 4S Dan iPad 2 Diperkenalkan

Jailbreak Tanpa Tambatan Untuk iPhone 4S Dan iPad 2 Diperkenalkan

Diterbitkan pada Jan 21, 2012 oleh .

Setelah lama komuniti pengguna iPhone 4S dan juga iPad 2 menantikan jailbreak untuk peranti iOS 5 mereka, kini mereka boleh bergembira, dimana pengodam telah pun mengeluarkan kaedah pertama untuk pengguna peranti A5 melalui Absinthe A5. Walaubagaimanapun, versi yang diperkenalkan adalah untuk pengguna OS X sahaja buat masa ini.

Versi untuk Windows dan juga Linux diperkatakan akan diperkenalkan tidak lama lagi. Buat masa ini, Absinthe A5 hanya menyokong iOS 5, dan juga iOS 5.0.1. Untuk yang tidak ketahui mengenai jailbreak, ia merupakan salah satu proses, yang membolehkan para pengguna peranti iOS mendapatkan akses penuh kepada peranti mereka, dan menggunakan aplikasi dan perisian pihak ketiga yang tidak dibenarkan oleh Apple.

Namun, seperti biasa, perkara ini tidak digalakkan oleh Apple, dan proses ini boleh mematikan jaminan yang diberikan oleh Apple untuk peranti tersebut.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Absinthe A5 (pautan alternatif) untuk iPhone 4S dan juga iPad 2, dan mula menikmati aplikasi pihak ketiga pada peranti anda dengan mudah.


TIPS & ULASAN