Google Mematikan Picnic, Urchin – Sky Map Dijadikan Sumber Terbuka

Google Mematikan Picnic, Urchin – Sky Map Dijadikan Sumber Terbuka

Diterbitkan pada Jan 21, 2012 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman sebelum ini, kini Google terus menambah senarai produk-produk dan perkhidmatan yang dimatikan oleh mereka pada tahun ini, termasuk Picnik, Urchin, Social Graph API, dan juga Google Sky Map. Namun begitu, untuk Sky Map, mereka akan mengeluarkan kod sumbernya dalam bentuk sumber terbuka, dan bekerjasama dengan salah satu universiti untuk meneruskan projek tersebut.

Bagi Picnik pula, mungkin perkara ini telah diketahui oleh pihak Yahoo! sebelum ini, sebelum mengumumkan tidak akan menyokongnya pada Flickr lagi. Google akan menamatkan perkhidmatan ini sepenuhnya pada 19 April kelak. Namun, para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun dan memindahkannya ke Google+ dengan mudah, dan mungkin kita akan dapat melihat segalanya diintegrasikan ke Google+ tidak lama lagi.

Urchin yang menjadi asas utama untuk Google Analytics juga turut sama akan ditamatkan. Namun memandangkan ramai yang menggunakan Google Analytics, maka perkara ini mungkin tidak akan menjejaskan ramai pengguna.

Beberapa produk lain yang turut dimatikan adalah termasuk Needlebase dan juga Google Message Continuity.


TIPS & ULASAN