Perbincangan Berkenaan Akta SOPA Dan PIPA Ditamatkan

Perbincangan Berkenaan Akta SOPA Dan PIPA Ditamatkan

Diterbitkan pada Jan 21, 2012 oleh .

Akhirnya, setelah ramai pengguna internet, dan syarikat gergasi internet yang memprotes terhadap akta SOPA dan PIPA pada hari Rabu yang lepas, kini ianya kelihatan akta tersebut telah ditamatkan perbincangannya, apabila beberapa pihak utama dibelakang SOPA mula menarik diri daripada menyokongnya.

Perbincangan dan pembetangan akta ini sebelum ini mendapat kecaman hebat daripada pengguna internet seluruh dunia, memandangkan ianya memberikan kesan menyeluruh kepada komuniti seluruh dunia. Laman utama seperti Wikipedia turut menutup laman mereka untuk sehari atas protes terhadap perkara ini.

Walaupun ianya telah ditamatkan pada masa sekarang ini, dan mungkin tidak akan dibincangkan semula dalam masa terdekat, kemungkinan untuk ianya dibincangkan semula dalam tahun-tahun akan datang masih ada.

Malah, tanpa SOPA dan PIPA sendiri, pihak berkenaan masih boleh mengawal dan menutup beberapa laman, seperti MegaUpload yang ditutup semalam disebabkan pelanggaran akta hak cipta.


TIPS & ULASAN