Seperti dijanjikan, akhirnya, pada hari ini pihak VoucHEREs telah pun melancarkan perkhidmatan mereka dalam bentuk beta terbuka, membolehkan para pengguna peranti pintar menggunakannya, dalam mendapatkan pelbagai tawaran terkini, dan diskaun untuk pembelian mereka.
Buat masa ini, aplikasi tersebut hanya menyokong pusat membeli-belah di MidValley Megamall sahaja, dan dijangka akan diperluaskan kepada pelbagai pusat membeli-belah di Lembah Klang dan di sekitar Malaysia secara berperingkat.
Aplikasi rasmi untuk VoucHEREs masih belum dilancarkan, tetapi semua pengguna peranti yang boleh akses ke internet, boleh layari laman VoucHEREs.com, dan log masuk menggunakan akaun Facebook, sebelum menikmati pelbagai tawaran yang disediakan.
Beberapa nama besar yang menyertai VoucHEREs adalah termasuk Secret Recipe, Kenny Rogers, San Francisco Coffee, dan banyak lagi. Mungkin senarai ini akan terus bertambah dari hari ke hari.